• HOME
  • BIODATA
  • REFLEKSI SAYA
  • TUGASAN SAYA
Picture
TUGASAN 1


Pengenalan Komputer
 
Komputer ialah sebarang peralatan/mesin/alat yang digunakan untuk memproses maklumat atau informasi berpandukan arahan yang ditetapkan
Pada dasarnya, perkataan komputer bermaksud ahli kira (compute). Ahli kira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik samada dengan pertolongan alat mekanik atau tidak. Seterusnya hasil kiraan dialih ke mesin. Pada asalnya, tugas "komputer" hanyalah khusus kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik. Komputer adalah suatu alat elektronik yang mampu melakukan beberapa tugas sebagai berikut:                                           

 menerima input                                                                              memproses input sesuai dengan programnya                                                menyimpan maklumat dan  hasil dari carian                                                menyediakan output dalam bentuk informasi

Komputer juga memainkan  pelbagai peranan dalam kehidupan seharian kita . Antara peranan yang dimainkan oleh komputer ialah : 


KOMPUTER SEBAGAI ALAT .


Antara peranan komputer sebagai alat ialah komputer bertindak sebagai alat komunikasi . Komputer dikatakan sebagai alat komunikasi kerana komputer dapat berinteraksi secara langsung dengan manusia contohnya dalam menampilkan data. Peranan komputer dalam komunikasi merupakan media komunikasi yang baik sebagai sumber informasi .
 
Pada waktu dahulu malah sekarang juga , jika ingin berkomunikasi dengan seseorang  yang jauh dari kita, kita akan menggunakan telefon bimbit atau rumah . Akan tetapi dengan berkomunikasi menggunakan  telefon bimbit atau rumah , kita hanya dapat mendengar suara teman atau saudara kita. Tetapi dengan penggunaan komputer kita dapat :
 
 Berbual dengan melihat teman atau saudara kita dengan menggunakan Webcam
 Dapat menaip kata-kata kita untuk mereka atau lebih dikenali dengan ‘chatting’
 Juga kita dapat menghantar Email kepada mereka 
 Kita dapat mencari kawan lama dengan menggunakan Facebook
 Kita juga dapat menghantar gambar dengan menggunakan Facebook
 
Seterusnya , komputer juga bertindak sebagai alat simpan bahan . Bukan sama dengan waktu dahulu lagi , sekiranya seseorang itu mahu menyimpan suatu perkara , mereka perlulah bersusah-payah menyalin atau mencata informasi tersebut di dalam buku , sekarang mereka hanyalah perlu memuat turun maklumat tersebut di dalam ‘Documents’ . Dengan cara tersebut , masa juga dapat dijimatkan . Bukankah ianya sangat berguna kepada seseorang yang bergelar pelajar mahupun pekerja . 
 

Akhir sekali , komputer bertindak sebagai alat hiburan . Contohnya , apabila seorang individu ingin menonton atau mendengar lagu untuk menghilangkan stress , maka komputer dapat digunakan . Komputer bukan sahaja berguna dalam memainkan muzik atau yang seangkatan dengannya , malah komputer dapat digunakan untuk bermain permainan video . Pada zaman yang penuh moden ini , sudah menjadi kebiasan anak kecil bermain permainan video dalam komputer . 
 

KOMPUTER SEBAGAI GURU
 
Komputer sebagai guru bermaksud komputer bertindak sebagai tenaga pengajar . Dengan penggunaan komputer , sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilaksanakan dengan lancar .Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah diberipenekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran danpembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatuusaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segalaisi pelajaran yang disampaikan.Jadi , salah satu usaha yang wajar dalam pendidikan ini ialah menggunakan komputer sabagai guru . 
 
Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalangan guru dan pelajar.  Contohnya ;
 
Seorang guru boleh menampilkan pengajaran mereka dalam bentuk ‘Slide Show’ atau bentuk aplikasi yang lain di mana seorang guru tersebut boleh menarik minat pelajar-pelajar mereka untuk memberikan lebih tumpuan semasa berada di dalam kelas . Sekiranya seseorang guru tersebut asyik menggunakan sistem pengajaran yang sama sahaja iaitu dengan menggunakan kertas mahjong atau mengajar menggunakan papan putih , ianya akan menimbulkan kebosanan dalam diri seseorang pelajar tersebut . Oleh itu , seorang guru juga perlu celik IT supaya dapat mempelbagaikan bentuk pengajaran . 
 
Seterusnya , peranan komputer sebagai guru ini jelas dilihat apabila seseorang itu menggunakan Google untuk mencari sesuatu maklumat dan informasi . Ianya dapat membimbing kita dalam mendapatkan maklumat serta panduan untuk melakukan suatu perkara . Sebagai contoh ;
 
Seorang lelaki yang ingin melaksanakan solat sunat Istikharah untuk meminta petunjuk Allah S.W.T. ,tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya . Malah , dia segan untuk bertanya kepada ustaz mahupun orang lain . Dengan bantuan komputer dan internet , dia boleh mencari panduan solat sunat Istikharah . Malah , jika tidak jelas baginya hanya dengan membaca panduan sahaja , lelaki tersebut bolehlah membuka youtube untuk mendapatkan penjelasan yang lebih teliti lagi .
 

KOMPUTER SEBAGAI PELAJAR 

Penggunaan Internet Relay Chat (IRC) dan kemudahan-kemudahan sepertinya termasuk Discussion Group atau Forum banyak digunakan pada masa kini
untuk membincangkan tentang suatu perkara . Hakikatnya, IRC bukan direkabentuk khusus untuk guru dan pelajar semata-mata . Ia adalah untuk semua lapisan masyarakat dan falsafah rekabentuk berasaskan nilai komersil. Dengan itu suasana yang disediakan oleh IRC lebih berbentuk sensasi dan glamour dimana tajuk-tajuk perbualan yang disediakan lebih kepada yang berbentuk hiburan . Jadi individu tersebut tidak akan berasa terlalu stress kerana suasana perbincangan tidak terlalu serius . 
 
Sehubungan itu , para pelajar bolehlah mencari set-set soalan untuk tahun sebelum ini dengan menggunakan komputer . Menjawab soalan-soalan pada tahun sebelum ini juga merupakan salah satu strategi sesetengah pelajar dalam belajar .Selain daripada itu, komputer juga berperanan dalam mempercepatkan proses pembelajaran. Dengan tercipta program pendidikan dalam bentuk cakera padat, para pelajar dapat dibantu dalam memahami sesuatu perkara yang sukar difahamkan. Cakera padat dapat yang berorientasikan pendidikan dicipata dengan tujuan membantu para pelajar dalam memperbaiki tahap pemahaman mereka mengenai topik-topik yang dipelajari di dalam kelas. Cakera padat ini hanya boleh digunakan menerusi komputer. Contohnya, baru-baru ini kementerian Pendidikan telah mengeluarkan cakera padat bertajuk ‘Little Rede Dot’. Cakera padat ini dicipta untuk mengajar pelajar Singapura mengenai bagaimana Singapura dapat mengekalkan daya saingnya di dalam era globalisasi yang penuh pancaroba. Menerusi program ini, para pelajar dapat manfaat daripada kegunaan komputer dari segi mempercepatkan proses pembelajaran.

Kesimpulannya , komputer memang mempunyai pelbagai peranan yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian kita .


TUGASAN 2


Apa itu Learning Management System

(LMS)?

LMS merupakan satu aplikasi untuk kegiatan online, program pembelajaran elektronik 
e-Learning yang fokus pada perolehan bahan pembelajaran. LMS biasa digunakan 
oleh orang dari   kalangan pendidikan dan kalangan perusahaan.



Bagaimana menggunakan LMS?

LMS satu aplikasi e-Learning yang fokus pada perolehan sumber bahan pembelajaran. 

Teknik moden kini menggunakanpembelajaran berasaskan kempetensi untuk menemui
jurang
pembelajaran dan membimbing para pengguna untuk menggunakan 
bahan latihan. LMS 

sepatutnya boleh:

i. Menyampaikan pembelajaran dan latihan berasaskan web

ii. Membolehkan penggunaan semula pengetahuan

iii. Mengawal sisitem pentadbiran

iv. Membolehkan program e-Learning

Apakah kegunaan LMS?

Dalam latihan korporat, LMS biasa digunakan untuk mengautomasi rekod dandan 
pendaftaran
pekerja. Untuk pembelajaran, sistem pengurusan meliputi 
‘Students Self Service’, latihan aliran
kerja,penyediaan pembelajaran 
online dan diskusi pembelajaran.. ‘Students Self Service’ memberi
peluang kepada 
pelajar untuk membuat pendaftaran yang dipimpin oleh pengajar latihan. Latihan 
aliran kerja pula biasanya digunakan untuk pemberitahuan kepada pengguna, 
persetujuan pengurus dan dan sebagainya, Sebagai contoh, seorang guru ingin 
membatalkan kelas atas alasan tertentu. Guru tersebut bolehah emberitahu 
pelajarnya tentang hal tersebut melalui sistem LMS yang
dikenali sebagai latihan aliran kerja. Untuk penyediaan pembelajaran pula, ianya lebih fokus 
kepada latihan berasaskan komputer. Seorang tutur tidak perlu memberi tugasan secara manual kepada pelajarnya.Tutor tersebut hanya perlu memuat naik 
tugasan tersebut dalam sistem
penyediaan pembelajaran.Diskusi pembelajaran 
pula amat jelas sisitemnya untuk sekumpulan muridbersama guru mereka 
melakukan perbincangan secara online sahaja. LMS juga digunakan oleh 

institusi pendidikan untukmeningkatkan dan menyokong program pengajaran dan 
pembelajaran di dalam kelas dan menawarkan kursus kepada semua individu.


Apakah perisian LMS?

Antara perisian LMS ialah:

v ATutor
ATutor adalah sebuah LMS yang dirancang dengan kemampuan akses cepat dan 
kemudahan
adaptasi. Siswa dapat menambah, mengemas, dan menghantar 
tugasan melalui 
web. Siswa juga dengan mudah dapat mengimpor konten 
paket kemasan baru, dan menggabungkan kursus secara online. Siswa belajar 
dalam lingkungan pembelajaran adaptif.


v Dokeos
Dokeos mempunyai perkhidmatan yanglebih pada 
SCORM-nya, iaitu dalam 
mengeksport dan mengimport kandungan pembelajaran dari satu bentuk ke 

bentuk lain. Contohnya, excel ke view html. Dokeos mempunyai video conferencing 
sebagai alat
mesyuarat dan kelas maya untuk sesi latihan.

v Claroline
Claroline adalah sebuah sistem 
e-Learning dan eWorking yang bersifat open source 
yang membolehkan guru untuk membina kursus dalam talian yang berkesan dan 
mengadakan aktiviti pembelajaran dan diskusi kumpulan berasaskan web.Claroline 
diterjemahkan
sehingga kepada 35 bahasa. Claroline mempunyai pengguna yang 
sangat banyak.


Apa itu Content Management System

(CMS)?

CMS merupakan satu aplikasi yang digunakan untuk membina sebuah laman web. 
Bermula dari design, pemprosesan data, dan integrasi serta hosting. Seiring dengan
peredaran masa sekarang,
CMS banyak digunakan oleh para pengguna Internet. 

Bagaimana menggunakan CMS?

CMS adalah sebuah sistem yang memberi kemudahan kepada para pengguna dalam 

mengendalikan dan mengadakan perubahan kandungan laman web tanpa terlebih 
dahulu dibekali dengan pengetahuan tentang hal-hal yang bersifat teknikal. CMS 
sepatutnya boleh:


i. Mengendalikan laman web syarikat

ii. Mengendalikan portal

iii. Mengendalikan laman web peribadi

iv. Mengendalikan forum

Apakah kegunaan CMS?

CMS adalah sebuah sistem yang memberikan kemudahan kepada para penggunanya 
dalam m
engawal dan mengadakan perubahan isi sebuah laman web. Dengan 
demikian, setiap orang, penulis
ataupun editor, dapat menggunakannya untuk 
membuat, me
madam atau memperbaharui isi
laman web tanpa campur tangan 
langsung dari pihak 
atasan laman web,

Antara penggunaan CMS juga adalah seperti berikut:

a. Mengawal blog
Empunya blog bolehlah memperbaharui apa sahaja yang diinginkanya di blognya yang 
trsendiri.
Kemudian, menerbitkannya di blog.

b. Mengawal laman web bisnes
Seorang usahawan boleh memuat naik beberapa gambar barang yang ingin dijualnya 
di laman
webnya yang tersendiri untuk menarik minat para pembeli.

c. Portal atau laman web pemberitahuan.
Pihak sekolah boleh membuat pengumuman melalui portal tentang apa sahaja yang 
berkaitan
kepada peajar.

Apakah perisian CMS?


Antara perisian CMS adalah:


v Joomla
Joomla boleh digunakan untuk membuat laman web perusahaan, 
e-commerce, blog, 
laman web komunikasi, laman web media dan sebagainya.Joomla juga telah 
diperbaharui dengan teknologi terkini sehingga kita boleh memperbaharui laman web 
kita tanpa dikhuatiri akan ketinggalan zaman.


v WordPress
WordPress adalah satu perisian web yang boleh digunakan untuk mewujudkansatu 
laman web
atau blog yang cantik. WordPress adalah satu perisian yang percuma. 
WordPress berupaya untuk menaip artikel. 


v Moodle
Moodle ialah singkatan bagi Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment . 

Ianya adalah satu perisian percuma e-pembelajaran yang juga dikenali sebagai 
sebagai
Sistem Pengurusan Pembelajaran. Moodle dibina untuk membantu pendidik 
membina kursus
dalam talian dengan tumpuan kepada interaksi.

Apakah perbezaan LMS dan CMS?

Apakah perbezaan di antara sistem pengurusan kursus dan sistem pengurusan 
pembelajaran
(LMS)? Yang mana satu yang anda gunakan dan bila? Perbezaannya 
adalah ketara antara
kedua-dua pilihan, tetapi mengetahui perbezaan yang lebih 
baik akan membolehkan
organisasi ke tahap yang ditetapkan keperluan 
pembelajaran yang berterusan.


Pertama, istilah "sistem pengurusan kursus" mungkin tidak biasa kepada kebanyakan 
orang, dan
ia sering digunakan berkenaan yang sama sebagai satu sistem 
pengurusan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, sistem pengurusan kursus 
(walaupun agak sama) membayangkan sesuatu yang
sedikit berbeza 
daripada LMS tradisional.


Sistem pengurusan kursus adalah lebih sempit skopnya. Iaitu, sistem ini memberi 
tumpuan kepada pengurusan dan pengedaran eLearning dan pengajar diketuai kursus. 
Untuk kata lain, pengurusan
kursus sering fungsi utama LMS satu - tempat 
yang selamat untuk menyimpan dan melancarkan latihan untuk subset dari 
pengguna. Dalam beberapa hal, anda boleh atribut metrik kepada
sistem 
pengurusan kursus, tetapi itu bukan satu keperluan. Sistem pengurusan kursus juga

mempunyai kurang keperluan untuk mematuhi SCORM.

LMS sebaliknya merangkumi pengurusan kursus, tetapi lebih kukuh kerana ia sering 

membayangkan subset standard pembelajaran (iaitu SCORM) bagi tujuan laporan, 
dan baru-baru ini telah mula termasuk pembelajaran yang berlaku di luar sebuah 
persekitaran yang. LMS boleh membantu dalam strategi pembelajaran yang berkaitan 
dengan meningkatkan prestasi.
Sistem pengurusan kursus kurang dinamik, 
lebih kurang yang menawarkan pangkalan data yang
selamat.

RUJUKAN:

1) http://www.maniacms.web.id/2012/01/apa-itu-cms.html

2) 
http://chie135.wordpress.com/2011/04/04/learning-management-system-lms/

3) http://mu.my/ms/perkhidmatan/penggunaan-lms

4) http://cr7-soon.blogspot.com/2011/07/pengertiam-cms-dan-kegunaan-cms.html



TUGASAN 3

3 topik perbincangan tentang tajuk kami masing-masing di WEEBLY GE1155. Berikut merupakan pautan topik perbincangan kumpulan saya pada WEEBLY GE1155.

TAJUK : PERISIAN ASAL DAN BERLESEN.

http://ge1155.weebly.com/forum.html#/20141014/se2-original-and-licensing-software-perisian--4299068/

Seterusnya ialah persembahan POWER POINT yang bertajuk PERISIAN ASAL DAN BERLESEN bagi kumpulan saya.

kumpulan_s8_se2.ppt
File Size: 823 kb
File Type: ppt
Download File



TUGASAN 4

Borang soal selidik. Pautan yang saya sertakan di bawah adalah pautan kaji selidik kumpulan saya melalui Google Form.


https://docs.google.com/forms/d/1xgb-hyYCGY4_O391Q9RAC_ZJ_Wv79fGyEA62uLPi4iY/viewform?usp=send_form 


TUGASAN 5

* Berikut merupakan cadangan penyelidikan kumpulan saya.
cadangan_penyeldikan_ge1155_-_.docx
File Size: 18 kb
File Type: docx
Download File

* Berikut pula adalah fail responden yang menjawab set kaji selidik kumpulan saya.
keupayaan_pelajar_ipt_dalam_mengurus_maklumat_menggunakan_ict._responses.xlsx
File Size: 11 kb
File Type: xlsx
Download File

* Seterusnya ialah laporan penyelidikan kumpulan saya.
laporan_penyelidikan.docx
File Size: 198 kb
File Type: docx
Download File

TUGASAN 6

Brosur kami bertajuk PERISIAN ASAL DAN BERLESEN. Brosur yang dihasilkan adalah menggunakan Microsoft Publisher.


Picture
Picture
Fail di bawah pula merupakan hasil brosur menggunakan Microsoft Word.
brosur_microsoft_word.docx
File Size: 321 kb
File Type: docx
Download File



TUGASAN 7

Fail di bawah merupakan Story Board video untuk kumpulan saya iaitu KUMPULAN 8 - SE 2 untuk tajuk PERISIAN ASAL DAN BERLESEN.
storyboard.docx
File Size: 18 kb
File Type: docx
Download File

Pautan di bawah merupakan pautan penghasilan video 'PERISIAN ASAL DAN BERLESEN' menggunakan PowToon bagi kumpulan saya iaitu kumpulan 8.

https://www.youtube.com/watch?v=3R0B0xqoFWs


TUGASAN 8


Berikut merupakan satu fail EXCEL yang mengandungi markah pelajar untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2014.

excel.xlsx
File Size: 14 kb
File Type: xlsx
Download File

Powered by Create your own unique website with customizable templates.